"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
Hari Guru di
Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para
guru.
Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai
Laporan Razak (
Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif
- " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.
- " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui
seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan
pada Hari Guru.
- " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan
Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih
berkesan.