Sunday 23 February 2014

PROGRAM JALINAN KASIH IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6

 

TETAMU JEMPUTAN IALAH EN BAHAR BIN CHE EMBONG MERANGKAP PENYELIA KANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING JPNT


















Tuesday 4 February 2014

MAJLIS LAMBAIAN KASIH DI HOTEL TANJUNG VISTA

Pada 29 januari baru-baru ini,Persatuan Kelab Guru SK Undang mengadakan majlis lambaian kasih bagi mengenang jasa Guru dan Staf yang bertukar ke sekolah lain.

Berikut nama-nama guru dan staf yang bertukar mulai 2014

1     : Tn.Hj Muda b Awang(bekas guru besar SKU)---------->Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam
2    : Pn. Suriaaty bt Ghazali -------------------------------> Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2
3    : Pn. Nor Lida bt Mohd (guru pra)  -------------------------------> Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
4    : Pn. Wan Mariana bt Wan Yusof (Pembantu pra) ---------------> Sekolah Kebangsaan Tok Dir




Dalam majlis itu cikgu Suriaaty tidak dapat hadir kerana bekerja jauh.









 Guru dan staf yang menyambut hari lahir dalam bulan januari turut diraikan.


MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2014


   Sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia  bagi murid tahun 1 hingga tahun 6 sebanyak RM100 seorang selari dengan Bajet tahun 2014 yang telah meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2014 dengan tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga murid.Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Noor bin Endut merangkap Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Bukit Payong.Turut hadir ialah ibubapa murid masing-masing.




    
   

KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA BERSAMA JKJR TERENGGANU

    Pada 19 januari yang lalu sekolah telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersama Pendidikan Keselamatan JalanRaya (JKJR) Terengganu bertempat di Dataran Perhimpunan S.K Undang dengan anjuran bersama JK Keselamatan,Kebersihan & Keceriaan (3K).JK PPDa & Denggi SKU.Perasmian dibuat oleh Pengawai JKJR Terengganu.

    Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalanraya yang berhemah.Selain itu murid dapat memahami,menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.Disamping itu juga murid mampu untuk melintas di jalan raya secara bersendirian atau dengan bantuan dan selamat serta memahami kegunaan alat keselamatan seperti topi keledar,pemantl cahaya dan kepentingan penyelengaraan basikal.


 Pertandingan kuiz turut diadakan yang menawarkan hadiah berupa topi keselamatan(helmet).




         

PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA PIBG

Tarikh: 23 Ogos 2022 Masa: 8.00 pg - 1.30 tengah hari Tempat: Perkarangan SK Undang