Tuesday 4 February 2014

KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA BERSAMA JKJR TERENGGANU

    Pada 19 januari yang lalu sekolah telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersama Pendidikan Keselamatan JalanRaya (JKJR) Terengganu bertempat di Dataran Perhimpunan S.K Undang dengan anjuran bersama JK Keselamatan,Kebersihan & Keceriaan (3K).JK PPDa & Denggi SKU.Perasmian dibuat oleh Pengawai JKJR Terengganu.

    Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalanraya yang berhemah.Selain itu murid dapat memahami,menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.Disamping itu juga murid mampu untuk melintas di jalan raya secara bersendirian atau dengan bantuan dan selamat serta memahami kegunaan alat keselamatan seperti topi keledar,pemantl cahaya dan kepentingan penyelengaraan basikal.


 Pertandingan kuiz turut diadakan yang menawarkan hadiah berupa topi keselamatan(helmet).




         

PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA PIBG

Tarikh: 23 Ogos 2022 Masa: 8.00 pg - 1.30 tengah hari Tempat: Perkarangan SK Undang