Tuesday 30 December 2014

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2015

DIMAKLUMKAN SEMUA GURU SK UNDANG DIMINTA HADIR KE MESYUARAT SEBAGAIMANA 
MAKLUMAT BERIKUT : 



TARIKH       : 31 DISEMBER 2014 (RABU)
MASA           : 9.00 PAGI
TEMPAT      : BILIK MESYUARAT SK UNDANG





Monday 15 December 2014

PENDAFTARAN MURID SK UNDANG SESI 2015

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PENDAFTARAN BAGI MURID SK UNDANG ADALAH SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT :


PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH

TARIKH  : 31 DISEMBER 2014 (RABU)
MASA     : 8.30 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS PRASEKOLAH

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 - TAHUN 6

TARIKH  : 1 JANUARI 2015 (KHAMIS)
MASA     : 8.30 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : KELAS 1 IM  - TAHUN 1 SAHAJA
                  KELAS 2 IS   - TAHUN 2 & TAHUN 3
                  KELAS 2 IM  - TAHUN 4, TAHUN 5 & TAHUN 6

Thursday 8 May 2014

DIALOG PRESTASI 2014 BERSAMA PPD KUALA TERENGGANU

SK UNDANG TELAH MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PROGRAM DIALOG PRESTASI BERSAMA PPD KUALA TERENGGANU YANG MELIBATKAN BEBERAPA SEKOLAH DI DAERAH INI KHUSUSNYA SEKOLAH YANG MENDAPAT PENCAPAIAN BAND 3 DAN 4.






















TAKLIMAT KELAS MAYA OLEH TOP IT SDN BHD

PIHAK TOP IT SERVICES IAITU SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN PERALATAN KELAS MAYA TELAH MENGHANTAR 2 ORANG WAKIL MEREKA UNTUK MEMBERI TAKLIMAT DAN PENERANGAN KEPADA GURU-GURU MENGENAI PENGGUNAAN APLIKASI KELAS MAYA YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PNP GURU.












Wednesday 16 April 2014

Wednesday 5 March 2014

AL-FATIHAH BUAT ADIK IQBAL

al-Fatihah buat murid pra sekolah,5 SK Undang Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme yang meninggal dunia akibat keracunan makanan.Berikut adalah berita dalam keratan akhbar sinar harian.

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini, Sabtu lepas.

Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.

Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.    

"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini.

Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah.

"Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.

Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA PIBG

Tarikh: 23 Ogos 2022 Masa: 8.00 pg - 1.30 tengah hari Tempat: Perkarangan SK Undang