Tuesday, 4 February 2014

KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA BERSAMA JKJR TERENGGANU

    Pada 19 januari yang lalu sekolah telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersama Pendidikan Keselamatan JalanRaya (JKJR) Terengganu bertempat di Dataran Perhimpunan S.K Undang dengan anjuran bersama JK Keselamatan,Kebersihan & Keceriaan (3K).JK PPDa & Denggi SKU.Perasmian dibuat oleh Pengawai JKJR Terengganu.

    Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalanraya yang berhemah.Selain itu murid dapat memahami,menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.Disamping itu juga murid mampu untuk melintas di jalan raya secara bersendirian atau dengan bantuan dan selamat serta memahami kegunaan alat keselamatan seperti topi keledar,pemantl cahaya dan kepentingan penyelengaraan basikal.


 Pertandingan kuiz turut diadakan yang menawarkan hadiah berupa topi keselamatan(helmet).




         

Sunday, 19 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN BADAN PENGAWAS SK UNDANG SESI 2014

Permulaan sesi persekolahan yang baru dibuka di adakan lantikan pengawas yang baru untuk tahun 2014 pada tanggal 12 januari 2014.Antara badan pengawas yang dilantik baru adalah pengawas sekolah,pengawas perpustakaan dan pengawas rakan sebaya.Majlis dirasmikan oleh Pengawai Polis dari Balai Polis Chendering.Turut serta adalah guru besar SK Undang,Puan Natrah binti Wahab.




Monday, 6 January 2014

PENDAFTARAN MURID SK UNDANG SESI 2014

Seramai 336 murid tahun 1 hingga tahun 6 termasuk murid pra sekolah sebanyak 25 orang mendaftarkan diri dengan ditemani  ibubapa masing-masing dalam seminar taklimat ibubapa untuk sesi persekolahan yang akan dibuka mulai 1 januari 2014.Majlis dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 SK Undang,En Mat Nor bin Embong@Botok.



















Wednesday, 12 September 2012

PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA PIBG

Tarikh: 23 Ogos 2022 Masa: 8.00 pg - 1.30 tengah hari Tempat: Perkarangan SK Undang