Wednesday, 16 April 2014
Wednesday, 5 March 2014
AL-FATIHAH BUAT ADIK IQBAL
al-Fatihah buat murid pra sekolah,5 SK Undang Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme yang meninggal dunia akibat keracunan makanan.Berikut adalah berita dalam keratan akhbar sinar harian.
KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini, Sabtu lepas.
Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.
Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.
"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.
"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini.
Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah.
"Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.
Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.
Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Sunday, 2 March 2014
Sunday, 23 February 2014
PROGRAM JALINAN KASIH IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6
TETAMU JEMPUTAN IALAH EN BAHAR BIN CHE EMBONG MERANGKAP PENYELIA KANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING JPNT

Tuesday, 4 February 2014
MAJLIS LAMBAIAN KASIH DI HOTEL TANJUNG VISTA
Pada 29 januari baru-baru ini,Persatuan Kelab Guru SK Undang mengadakan majlis lambaian kasih bagi mengenang jasa Guru dan Staf yang bertukar ke sekolah lain.
Berikut nama-nama guru dan staf yang bertukar mulai 2014
1 : Tn.Hj Muda b Awang(bekas guru besar SKU)---------->Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam
2 : Pn. Suriaaty bt Ghazali -------------------------------> Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2
3 : Pn. Nor Lida bt Mohd (guru pra) -------------------------------> Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
4 : Pn. Wan Mariana bt Wan Yusof (Pembantu pra) ---------------> Sekolah Kebangsaan Tok Dir
Dalam majlis itu cikgu Suriaaty tidak dapat hadir kerana bekerja jauh.

Guru dan staf yang menyambut hari lahir dalam bulan januari turut diraikan.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2014
Sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia bagi murid tahun 1 hingga tahun 6 sebanyak RM100 seorang selari dengan Bajet tahun 2014 yang telah meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 seluruh Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2014 dengan tujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga murid.Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Noor bin Endut merangkap Pengerusi Penyelaras UMNO Dun Bukit Payong.Turut hadir ialah ibubapa murid masing-masing.
KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA BERSAMA JKJR TERENGGANU
Pada 19 januari yang lalu sekolah telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalanraya Bersama Pendidikan Keselamatan JalanRaya (JKJR) Terengganu bertempat di Dataran Perhimpunan S.K Undang dengan anjuran bersama JK Keselamatan,Kebersihan & Keceriaan (3K).JK PPDa & Denggi SKU.Perasmian dibuat oleh Pengawai JKJR Terengganu.
Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalanraya yang berhemah.Selain itu murid dapat memahami,menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.Disamping itu juga murid mampu untuk melintas di jalan raya secara bersendirian atau dengan bantuan dan selamat serta memahami kegunaan alat keselamatan seperti topi keledar,pemantl cahaya dan kepentingan penyelengaraan basikal.

Pertandingan kuiz turut diadakan yang menawarkan hadiah berupa topi keselamatan(helmet).
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROGRAM BUBUR ASYURA BERSAMA PIBG
Tarikh: 23 Ogos 2022 Masa: 8.00 pg - 1.30 tengah hari Tempat: Perkarangan SK Undang
-
TARIKH : 23 JUN 2016 (KHAMIS) MASA : 05.45 PTG - 08.00 MLM TEMPAT : KANTIN & SURAU SK UNDANG ...
-
TARIKH : 22 APRIL 2019 (ISNIN) MASA : 2.00 PTG - 3.00 PTG TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK UNDANG ...